Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak raih Anugerah Pengurusan Kewangan Islam
Tarikh : 18 Sep 2019
 

KUCHING: Tiga agensi Islam – Jabatan Agama Islam Sarawak, Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak dan Jabatan Mufti Negeri Sarawak raih Anugerah Pengurusan Kewangan Islam dalam Indeks Akauntabiliti 2018 Jabatan Audit Negara.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata kejayaan itu perlu menjadi contoh kepada agensi lain di bawah Majlis Islam Sarawak (MIS).

Menurut Abdul Rahman, kejayaan itu membuktikan agensi Islam di Sarawak setanding agensi lain di negara ini.

Memetik Facebook PBB N4 Pantai Damai, Abdul Rahman berucap pada Majlis Jamuan Teh bersama Agensi Islam Sarawak berkata: Ia patut menjadi contoh kepada agensi Islam lain agar meraih anugerah peringkat kebangsaan.”

Dalam ucapannya, Abdul Rahman yang juga Adun Pantai Damai berkata, setiap pusat tahfiz perlu berani keluar daripada konsep konvensional demi melahirkan hafiz atau hafizah yang mempunyai kemahiran teknikal dan vokasional.