Program Wawasan Ummah Gemilang Majlis Islam Sarawak 2020-2030
Tarikh : 04 Mar 2020  Sumber Berita: Dewan Kompleks Islam Sarawak, Satok, Kuching Sarawak
 
Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak telah menyertai pameran sempena Program Wawasan Ummah Gemilang pada 4 Mac 2020. 
Sempena program tersebut agensi-agensi agama adalah terlibat termasuk Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak. Satu pembentangan telah dilakukan oleh Ketua Hakim Syarie JKSS YAA Tuan Awang Suhaili bin Ledi. Bahagian Sokongan Keluarga merupakan salah satu topik penting yang disentuh oleh YAA KHS JKSS untuk menjaga kebajikan dari segi penguatkuasaan nafkah terutamanya nafkah anak di dalam Negeri Sarawak.
Booth JKSS telah dikunjungi oleh YAB Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Dr. Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg. KM Sarawak sudi menandatangi buku pelawat BSK JKSS dan menerima pemberian daripada BSK JKSS. KM juga memuji BSK Sarawak atas usaha murni membantu wanita dan kanak-kanak yang tidak mendapat nafkah.
Booth JKSS juga dikunjungi oleh pelbagai pihak termasuk bukan Islam dan mereka tertarik dengan usaha-usaha BSK berkenaan wanita.
Program ini dihadiri sebanyak 1500 orang peserta di kalangan penjawat awam, wakil masjid NGO termasuk masyarakat bukan Islam.

  

Tarikh: 4 Mac 2020

Tempat: Dewan Kompleks Islam Sarawak, Satok, Kuching Sarawak

Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak telah menyertai pameran sempena Program Wawasan Ummah Gemilang pada 4 Mac 2020.

 Sempena program tersebut agensi-agensi agama adalah terlibat termasuk Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak. Satu pembentangan telah dilakukan oleh Ketua Hakim Syarie JKSS YAA Tuan Awang Suhaili bin Ledi. Bahagian Sokongan Keluarga merupakan salah satu topik penting yang disentuh oleh YAA KHS JKSS untuk menjaga kebajikan dari segi penguatkuasaan nafkah terutamanya nafkah anak di dalam Negeri Sarawak.

Booth JKSS telah dikunjungi oleh YAB Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Dr. Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg. KM Sarawak sudi menandatangi buku pelawat BSK JKSS dan menerima pemberian daripada BSK JKSS. KM juga memuji BSK Sarawak atas usaha murni membantu wanita dan kanak-kanak yang tidak mendapat nafkah.

Booth JKSS juga dikunjungi oleh pelbagai pihak termasuk bukan Islam dan mereka tertarik dengan usaha-usaha BSK berkenaan wanita.Program ini dihadiri sebanyak 1500 orang peserta di kalangan penjawat awam, wakil masjid NGO termasuk masyarakat bukan Islam.