Polls
Announcements

Berita

Majlis SULH Pertama Kali dilakasanakan secara Dalam Talian
Tarikh : 04 Apr 2021  Sumber Berita: Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak
 
Buat julung kalinya, sidang Majlis SULH yang pertama di Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) telah dilaksanakan secara dalam talian pada 31 Mac 2021. Majlis SULH tersebut juga dianggap telah berjaya dengan kehadiran serta persetujuan penyelesaian bersama oleh kedua-dua belah pihak plaintif dan defendan, yang masing-masing berada di JKSS Bahagian Bintulu dan JKSS Bahagian Miri, manakala Pegawai SULH yang mengendalikan kes tersebut pula berada di Ibu Pejabat JKSS di Kuching, Sarawak.