Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 17 Nov 2019
Versi 8.2.2
POLISI E-PENYERTAANPOLISI E-PENYERTAAN

Dasar e-Penyertaan ini bertujuan untuk memulakan budaya dan Glossary Link amalan e-penyertaan demi meningkatkan ketelusan dan penyertaan awam dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sarawak(JKSNS).

 

JKSNS sentiasa mengiktiraf penglibatan awam bagi membolehkan Jabatan untuk meneroka perspektif yang lebih luas, sumber maklumat dan penyelesaian yang berpotensi untuk meningkatkan keputusan dan perkhidmatan. Ia juga menyediakan asas bagi hubungan produktif, dialog dan perbincangan yang lebih baik serta tadbir urus yang teratur.

 

Objektif e-Penyertaan adalah untuk melibatkan rakyat dalam dasar pembangunan dan proses membuat keputusan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.

 

Oleh yang demikian, JKSNS amat mengalu-alukan penyertaan orang ramai dengan mematuhi terma dan syarat penyertaan yang telah ditetapkan seperti berikut:

 

1              Sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti sesama kaum, agama dan politik adalah dilarang sama sekali.

2              Dilarang menjatuhkan maruah, menyerang peribadi & mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan peserta yang lain.

3              Kawal kenyataan anda, elakkan dari mengeluarkan bahasa kesat dan kenegerian.

4              Tidak digalakkan bersembang atau menghantar ayat yang lari daripada topik utama.

5              Topik dan link ke laman web LUCAH adalah DILARANG sama sekali.

6              Pastikan kenyataan/topik anda tidak menyalahi peraturan 'COPYRIGHT LAW', 'TRADEMARK', 'PATENT' dan lain-lain.

7              DILARANG menggunakan ruangan e-Penyertaan ini sebagai tempat untuk menjalankan sebarang peraduan, skim piramid, skim cepat kaya, skim duit internet, surat berantai, e-mail sampah (junk e-mail) samada secara komersil atau sebaliknya.

8              Tidak dibenarkan memuat naik fail-fail yang mengandungi virus- Glossary Link virus komputer seperti virus "Trojan Horses", "worms", "time bombs", "cancel boots" atau apa-apa sahaja perisian atau program-program yang boleh merosakkan operasi sesebuah komputer pengguna yang lain.

9              Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan di dalam mana-mana keadaan tidak mengesahkan, menyokong, mewakili atau menjamin sebarang kebenaran, ketepatan atau kebolehpercayaan mana-mana kenyataan/topik yang di buat di dalam ruangan e-Penyertaan ini. Individu itu sendiri seharusnya faham bahawa sebarang risiko berhubung kebolehpercayaan sesuatu bahan di dalam ruangan ini adalah ditanggung oleh individu itu sendiri.