Aktiviti

 

Lawatan Sambil Belajar daripada Kolej SEGi Sarawak

29 Oct 2024 - 29 Dec 2024, JKSS
JKSS
2

Selasa | 29 Oktober 2024 | 26 Rabiulakhir 1446 Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak telah menerima kunjungan Lawatan Sambil Belajar daripada Kolej SEGi Sarawak. Seramai 24 orang pelajar dan 3 orang pensyarah telah menyertai lawatan ini. Antara objektif lawatan ini adalah untuk memenuhi keperluan modul Principles of Syariah Law bagi program Diploma Undang-Undang serta membantu para pelajar memahami sistem kehakiman syariah di Malaysia. Di samping itu, lawatan ini juga memberi pendedahan mengenai konsep, prinsip dan asas perundangan syariah dalam menyelesaikan isu-isu kekeluargaan dan jenayah berdasarkan prinsip undang-undang dan kehakiman dalam Islam. Rombongan pada awalnya telah mengikuti sesi taklimat dan soal jawab yang telah dikendalikan oleh Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah, Tuan Nuur Iman bin Suip serta Pegawai Penyelidik Mahkamah Tinggi Syariah, Puan Athirah binti Firdaus dan kemudiannya menghadiri prosiding kes Mahkamah Rendah Syariah.