picture

News

 

Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak

Posted on 22 May 2023
Source of News: Unit Komunikasi Korporat JKSS
Jumaat | 19 Mei 2023 | 28 Syawal 1444H 

Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak telah mengadakan Ramah Tamah Aidilfitri yang merupakan program tahunan jabatan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Lebih 300 orang pengunjung daripada pelbagai jabatan dan agensi datang untuk memeriahkan Majlis ini. Majlis telah disempurnakan dengan kehadiran Tetamu Kehormat, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Yang Berbahagia Datuk Haji Misnu Bin Haji Taha serta isteri, Datin Hajah Jamilah Bt Haji Said. Turut sudi datang berkunjung ke Majlis tersebut adalah Tuan Fathi Bin Haji Hambali, Residen Bahagian Kuching, Tuan Haji Khalidi Bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak, Tuan Haji Mual Bin Suaud, Pengarah Jabatan Mufti Sarawak dan Ustaz Hamdan Bin Jar'ee, Pengarah JAKIM Sarawak.Kami,seluruh warga kerja Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri