LAWATAN KOLEJ KOMUNITI KUCHING KE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SARAWAK
Posted on 29 Oct 2025
Source of News: Disediakan oleh Puan Aainaa Shahira binti Rasidi
KUCHING, 28 Oktober 2025 – Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) telah menerima kunjungan daripada Kolej Komuniti Kuching yang melibatkan seramai 21 orang pelajar dan seorang pensyarah pengiring, Puan Nouraisyah binti Hussen.
Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai peranan, struktur organisasi serta fungsi utama JKSS dalam melaksanakan urus tadbir kehakiman Syariah di negeri Sarawak. Sepanjang sesi tersebut, para pelajar turut didedahkan kepada aspek pengurusan kes melalui sistem digital i-Syariah serta proses-proses pentadbiran kehakiman yang dijalankan di Mahkamah Syariah.
Kunjungan ini juga menjadi platform perkongsian ilmu dan pengalaman antara pihak JKSS dan institusi pendidikan bagi memperkukuh kefahaman pelajar terhadap sistem perundangan Syariah serta peluang kerjaya dalam bidang kehakiman Islam.