Berita

 

Sesi Audit Pematuhan dan Pelaksanaan Inisiatif Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Tahun 2025

Disiarkan pada 11 Nov 2025
Sumber Berita: Disediakan oleh Puan Aainaa Shahira binti Rasidi
KUCHING, 10 November 2025 – Unit Inovasi & Kualiti JKSS telah menjadi salah satu agensi yang diaudit dalam Sesi Audit Pematuhan dan Pelaksanaan Inisiatif Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) oleh Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU), Jabatan Premier Sarawak.

Audit ini diadakan bagi menilai tahap pematuhan terhadap arahan pentadbiran dalam struktur tadbir urus inovasi dan kreativiti, selain memastikan setiap inisiatif KIK dilaksanakan secara tersusun, mampan dan menepati objektif peningkatan kualiti perkhidmatan awam.

Sesi yang dijalankan di JKSS turut melibatkan semakan terhadap rekod pelaksanaan inisiatif inovasi dan kreativiti, penilaian aspek pematuhan serta pengurusan pelaksanaan bagi memastikan keberkesanan program KIK di peringkat jabatan terus diperkukuh.

Penyertaan JKSS dalam audit ini menggambarkan komitmen jabatan terhadap pembudayaan inovasi, tadbir urus berkualiti dan peningkatan berterusan dalam penyampaian perkhidmatan kehakiman Syariah di Sarawak.

audit

audit