Berita

 

Ucapatama Ketua Hakim Syarie Sarawak Tekankan Pemerkasaan Bahasa Melayu dalam Kehakiman Syariah

Disiarkan pada 18 Nov 2025
Sumber Berita: Disediakan oleh Puan Aainaa Shahira binti Rasidi
KUCHING, 13 November 2025 – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS), Jabatan Peguam Besar Negeri Sarawak, Jabatan Mufti Sarawak, Jabatan Bantuan Guaman, Jabatan Perdana Menteri, Fakulti Pendidikan, Bahasa dan Komunikasi UNIMAS, Fakulti Undang-undang UKM, Majlis Peguam Malaysia serta Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia telah menganjurkan Simposium Pemerkasaan Bahasa Kebangsaan sebagai Bahasa Mahkamah Syariah bertempat di Balai Budaya, DBP Cawangan Sarawak.

Yang Amat Arif Datu Haji Awg Suhaili bin Ledi, Ketua Hakim Syarie Sarawak, dalam ucapatamanya menegaskan bahawa bahasa Melayu merupakan elemen penting dalam memastikan penyampaian keadilan di Mahkamah Syariah berjalan dengan jelas, tepat dan difahami oleh semua pihak. Beliau menekankan bahawa bahasa ialah instrumen hukum yang membentuk ketelitian hujahan serta kewibawaan penghakiman, selain mencerminkan tradisi perundangan Islam yang telah lama bertapak di Alam Melayu.

YAA turut berkongsi perkembangan pelaksanaan Sistem i-Syariah Sarawak yang dibangunkan sepenuhnya dalam bahasa Melayu, menggambarkan komitmen berterusan jabatan terhadap pemerkasaan bahasa kebangsaan dalam pentadbiran kehakiman.

Sebagai sebahagian daripada pengisian program, Forum Bahasa Jiwa Bangsa turut diadakan dengan kehadiran panel dari JKSS, iaitu YA Tuan Haji Najarudin bin Haji Nedri, Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah Sarawak, yang berkongsi pandangan mengenai peranan bahasa Melayu dalam memantapkan kefahaman undang-undang serta hubungan masyarakat dengan institusi kehakiman.

jkss

jkss

jkss

jkss

jkss

jkss

jkss

jkss

jkss

jkss