News

 

Kursus Asas Pengendalian T-Baton Siri 1/2025 & Siri 2/2025

Posted on 18 Nov 2025
Source of News: Disediakan oleh Puan Aainaa Shahira binti Rasidi
KUCHING, 14 November 2025 – Seramai lima (5) anggota Polis Bantuan Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) telah menyertai Kursus Asas Pengendalian T-Baton Siri 1/2025 dan Siri 2/2025 yang berlangsung dari 2 hingga 14 November 2025.

Kursus ini memberi pendedahan dan latihan asas mengenai teknik pengendalian T-baton secara profesional, sekali gus meningkatkan kecekapan, kawalan diri, dan kesiapsiagaan anggota semasa menjalankan tugas pengawasan dan keselamatan di premis JKSS.

Program ini merupakan inisiatif Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak dalam memperkukuh kompetensi anggota Polis Bantuan agar selaras dengan keperluan operasi semasa dan standard keselamatan jabatan.

baton

baton

baton

baton