News

 

Penyertaan JKSS dalam Festival Kesenian Islam Peringkat Daerah Limbang 1447H/2025M

Posted on 20 Nov 2025
Source of News: Disediakan oleh Puan Aainaa Shahira binti Rasidi
LIMBANG, 15–16 November 2025 – Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) turut serta sebagai pempamer dalam Festival Kesenian Islam Peringkat Daerah Limbang 1447H/2025M yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Perayaan Islam Limbang (JTPIL).

Festival ini berlangsung di Perkarangan Tempat Letak Kereta Masjid Baitul Iman, Limbang, dan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan serta komuniti setempat bagi memeriahkan pengisian berteraskan syiar Islam.

Penyertaan JKSS melalui pameran ini memberi peluang kepada masyarakat untuk mendapatkan maklumat berkaitan fungsi serta perkhidmatan kehakiman Syariah di Sarawak, di samping mengukuhkan hubungan strategik antara jabatan dan masyarakat setempat.

JKSS merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur atas jemputan dan kerjasama, serta komitmen semua pegawai yang terlibat dalam menjayakan penyertaan ini.

jtpil

jtpil

jtpil

jtpil