Berita

 

Audit Surveillance 1 QMS MS ISO 9001:2015 & MS 1900:2014 Perkukuh Sistem Pengurusan Kualiti JKSS

Disiarkan pada 01 Dec 2025
Sumber Berita: Disediakan oleh Puan Aainaa Shahira binti Rasidi
KUCHING, 27–28 November 2025 – Pihak SIRIM telah melaksanakan Audit Surveillance 1 bagi Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 dan MS 1900:2014 (berasaskan Syariah) melibatkan Ibu Pejabat JKSS, Mahkamah Tinggi Syariah Kuching dan Mahkamah Rendah Syariah Kuching.

Audit ini bertujuan memastikan sistem pengurusan kualiti JKSS kekal berfungsi dengan berkesan, memantau pelaksanaan penambahbaikan berterusan serta menilai pematuhan terhadap kawalan-kawalan berasaskan syariah dalam penyampaian perkhidmatan.

Pelaksanaan audit ini juga memberi ruang kepada jabatan untuk menilai keberkesanan prosedur, meningkatkan konsistensi penyampaian perkhidmatan dan memperkukuh budaya kualiti di semua peringkat operasi.

auditiso

auditiso

auditiso

auditiso

auditiso

auditiso