Berita

 

Majlis Pelantikan Tauliah Istikhlaf Wali Hakim Sarawak 2025 Kukuhkan Pelaksanaan Perwalian Menurut Syarak dan Ordinan

Disiarkan pada 02 Dec 2025
Sumber Berita: Disediakan oleh Puan Aainaa Shahira binti Rasidi
KUCHING, 1 Disember 2025 – Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) telah menganjurkan Majlis Pelantikan Tauliah Istikhlaf Wali Hakim Sarawak Tahun 2025 bertempat di Bilik Seminar JKSS. Majlis ini bertujuan mengiktiraf para penerima pelantikan yang diberikan amanah untuk melaksanakan peranan sebagai Wali Hakim dalam urusan perwalian perkahwinan menurut syarak dan Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam Sarawak.  

Majlis dimulakan dengan Sesi Taklimat Istikhlaf Wali Hakim yang disampaikan oleh Tuan Suhardi bin Bujang, Hakim Syarie, merangkumi penerangan asas berkaitan bidang kuasa, tanggungjawab dan pelaksanaan istikhlaf sebagaimana diperuntukkan dalam Ordinan.  

Dalam ucapan beliau, Ketua Hakim Syarie menegaskan bahawa amanah sebagai Wali Hakim menuntut ketelitian, keadilan serta pematuhan penuh terhadap hukum syarak dan undang-undang. Perwalian yang sah menjadi asas kesahan akad nikah dan pemberian tauliah ini memastikan urusan perkahwinan berjalan secara teratur, berlandaskan prinsip syarak dan maslahat keluarga.  

Penganjuran majlis ini melambangkan komitmen JKSS dan JAIS dalam memperkukuh institusi keluarga Islam di Sarawak melalui pelaksanaan perwalian yang lebih tersusun, sah dan berintegriti.

Tauliah

Tauliah

Tauliah

Tauliah