BINTULU | 4 Mac 2026 – Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) Bahagian Bintulu telah mengadakan Majlis Iftar Jamaie bertempat di Bangunan Pejabat Mahkamah Syariah Bintulu dengan kehadiran warga jabatan serta ahli keluarga.
Majlis dimulakan dengan penyampaian tazkirah ringkas sementara menunggu waktu berbuka puasa yang disampaikan oleh Encik Zainal bin Ismail sebagai pengisian rohani sempena bulan Ramadan. Para hadirin kemudiannya bersama-sama menikmati juadah berbuka sebelum menunaikan solat Maghrib, diikuti solat Isyak dan solat sunat Tarawih secara berjemaah.
Solat sunat Tarawih telah diimamkan oleh Tuan Mohammad Hami Hamizul bin Saimi, sekali gus menyemarakkan lagi suasana ibadah dan pengimarahan Ramadan dalam kalangan warga jabatan.
Penganjuran majlis ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan warga jabatan di samping mengimarahkan bulan Ramadan dengan aktiviti keagamaan. Secara keseluruhannya, majlis telah berlangsung dengan lancar dalam suasana penuh ukhuwah dan kebersamaan.
