Berita

 

Tahniah Buat Pemenang Pertandingan Sempena Majlis Kesyukuran Aidilfitri Agensi Islam Sarawak 2026

Disiarkan pada 30 Mar 2026
Sumber Berita: Disediakan oleh Puan Aainaa Shahira binti Rasidi
KUCHING – Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada warga jabatan yang telah berjaya meraih kemenangan dalam Pertandingan Video TikTok Raya 2026 dan Pertandingan Kad Raya Digital sempena Majlis Kesyukuran Aidilfitri Agensi Islam Sarawak Tahun 2026 yang diadakan pada 29 Mac 2026 (Ahad), jam 8.00 malam di Dewan Kompleks Islam Kuching.

Bagi Pertandingan Video TikTok Raya 2026, Nurul Afiqah binti Azwan dari JKSS Bahagian Betong telah berjaya meraih tempat kedua.

Manakala bagi Pertandingan Kad Raya Digital, Muhammad Nuur Iman bin Suip telah muncul sebagai johan, diikuti Azri Fathullah bin Amir di tempat kedua, Muhammad Syukran bin Wahab di tempat ketiga, dan Mohamad Fauzi bin Ismail dari JKSS Bahagian Betong berjaya memperolehi saguhati.

Kejayaan ini mencerminkan kreativiti, komitmen serta usaha warga JKSS dalam menghasilkan karya yang berkualiti dan berdaya saing, sekali gus mengharumkan nama jabatan.

Semoga pencapaian ini menjadi dorongan untuk terus berkarya dan menyumbang kepada kecemerlangan jabatan.

Tahniah dan syabas!

kadraya

kadraya

kadraya

kadraya

kadraya