Pengurusan Jenayah
PENGURUSAN KES JENAYAH
1) Pendaftaran dan Sebutan Kes Tangkap
a) Terima kertas pertuduhan daripada Pendakwa
b) Semak, daftar dan buka fail
c) Jalankan proses sebutan / perbicaraan
d) Bagi kes sebutan, lepaskan OKT dengan jaminan / cagaran. Jika gagal
sediakan jaminan dan cagaran OKT ditahan. Bagi kes perbicaraan rujuk
perenggan 32.
e) Tetapkan tarikh perbicaraan.
2) Pendaftaran Kes Saman
a) Terima pertuduhan dan saman daripada Pendakwa
b) Semak, daftar kes dan buka fail.
c) Meterai saman dan tentukan tarikh sebutan.
d) Tandatangan kertas pertuduhan dan saman
e) Maklum kepada Pendakwa tarikh sebutan
f) Saman dalam daerah
- Serah 2 salinan kepada PN / PPA
g) Saman luar Daerah / luar bidangkuasa
- Sediakan surat iringan dan salinan saman kepada Mahkamah berkenaan
h) Daftar saman dalam buku penyampaian
i) Serah saman kepada OKT. Sediakan afidavit penyampaian.
j) Masukkan laporan di dalam fail kes untuk sebutan
k) Simpan fail hingga tarikh sebutan.
3) Sebutan Kes Jenayah
a) Semak fail kes dan sediakan senarai kes berkenaan untuk sebutan
b) Serahkan fail kes kepada Hakim untuk membuat semakan
c) Semak fail kes berkenaan
d) Pastikan kehadiran Pendakwa dan OKT di dalam Mahkamah
e) Pertuduhan dibacakan
f) Catatkan Pengakuan:
- Pengakuan bersalah – sabit dan hukum
- Pengakuan tidak bersalah – tetapkan tarikh bicara, OKT dilepaskan dengan jaminan
g) Rekodkan dan laksanakan perintah Mahkamah
- Bagi hukuman denda – terima bayaran dan keluarkan resit
- Bagi hukuman penjara (atau gagal membayar denda) - sediakan waran penahanan yang telah ditandatangani oleh hakim.
Carta Aliran Pengurusan Kes Jenayah