Kursus Sijil Eksekutif Istinbat Hukum Mantapkan Kompetensi Penghakiman Syarie - 06 Feb 2026
4–5 Februari 2026 — Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) telah menganjurkan Kursus Sijil Eksekutif Istinbat Hukum dalam Penghakiman Syarie (KIPSYA) Siri 1 dan 2 Tahun 2026 pada 4 hingga 5 Februari 2026 bertempat di Bilik Seminar, Ibu Pejabat JKSS.
Kunjungan Hormat Jawatankuasa Peguam Syarie Sarawak kepada Ketua Hakim Syarie - 06 Feb 2026
5 Februari 2026 — Ketua Hakim Syarie Sarawak telah menerima kunjungan hormat daripada Jawatankuasa Peguam Syarie Sarawak pada 5 Februari 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat JKSS, Ibu Pejabat.
Senam Robik “Good Bye Calories” JKSS Sarikei Semarak Budaya Hidup Sihat - 06 Feb 2026
5 Februari 2026 — Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) Bahagian Sarikei telah menganjurkan aktiviti Senam Robik Good Bye Calories pada 5 Februari 2026 bertempat di Pejabat JKSS Sarikei bermula jam 4.00 petang sebagai aktiviti bagi bulan Februari di bawah inisiatif Good Bye Calories bagi menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kerja.
Majlis Persaraan Encik Mustapha bin Bojet Raikan 31 Tahun Khidmat Bersama JKSS - 06 Feb 2026
6 Februari 2026 — Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) Bahagian Miri telah menganjurkan Majlis Persaraan Encik Mustapha bin Bojet bertempat di Dynasty Hotel Miri dengan tema “Hat Off, Boots On – Cowboy Town”. Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan atas jasa dan sumbangan beliau sepanjang tempoh perkhidmatan bersama jabatan.
Taklimat Pelan Tindakan Bencana Rekod (PTBR) Tingkat Kesediaan Pengurusan Rekod JKSS - 02 Feb 2026
2 FEBRUARI 2026 — Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) telah menganjurkan Taklimat Pelan Tindakan Bencana Rekod (PTBR) pada 2 Februari 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat, Aras 4, Bangunan Mahkamah Syariah, Kuching. Taklimat ini dilaksanakan secara fizikal dan hibrid dengan penyertaan warga JKSS dari seluruh Sarawak.
Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Afham Jauhari bin Aldi, Pengarah Negeri, Arkib Negara Malaysia, dan bertujuan meningkatkan tahap kesediaan jabatan dalam pengurusan serta perlindungan rekod penting sekiranya berlaku bencana, di samping memastikan kesinambungan operasi dan pematuhan terhadap keperluan pengurusan rekod yang sistematik dan berintegriti.
Majlis Amanat Ketua Hakim Syarie JKSS Gariskan Halatuju Jabatan - 30 Jan 2026
30 JANUARI 2026 — Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) telah menganjurkan Majlis Amanat Ketua Hakim Syarie pada 30 Januari 2026 bersamaan 11 Syaaban 1447H bertempat di Bilik Seminar, Tingkat 4, Ibu Pejabat JKSS.
Bengkel ISO/IEC 27001:2022 Perkukuh Keselamatan Maklumat JKSS - 27 Jan 2026
26 & 27 JANUARI 2026 — Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) telah menganjurkan Bengkel ISO/IEC 27001:2022 Understanding and Implementing bertempat di Bilik Seminar, Ibu Pejabat JKSS.
Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan berkaitan prinsip, rangka kerja serta keperluan piawaian ISO/IEC 27001:2022, khususnya dalam memperkukuh pengurusan keselamatan maklumat dan tadbir urus ICT jabatan, selaras dengan usaha JKSS ke arah pematuhan dan pensijilan piawaian antarabangsa bagi Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS).
Pembukaan Tahun Perundangan Syariah Sarawak 2026 Perkukuh Institusi Kehakiman Syariah - 26 Jan 2026
22 JANUARI 2026 — Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) telah menganjurkan Pembukaan Tahun Perundangan Syariah Sarawak 2026 (OSLYS’26) bertempat di Hotel Raia dan Pusat Konvensyen Kuching.
Penganjuran OSLYS’26 merupakan kesinambungan acara tahunan yang dimulakan sejak tahun 2025 selaras dengan usaha memperkukuh institusi kehakiman syariah di Sarawak. Program ini menjadi simbol rasmi permulaan tahun perundangan baharu serta berfungsi sebagai platform berterusan bagi perbincangan, perkongsian pandangan dan penyelarasan hala tuju dalam kalangan badan kehakiman, profesion undang-undang dan pihak berkepentingan.
KUNJUNGAN HORMAT DBP SARAWAK BAGI PERBINCANGAN KERJASAMA PENERBITAN BERSAMA JKSS - 20 Jan 2026
19 Januari 2026 – Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) telah menerima kunjungan hormat daripada Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak (DBP Sarawak) bagi membincangkan cadangan kerjasama penerbitan antara kedua-dua pihak bersempena ulang tahun DBP ke-70.