Taklimat Pelan Tindakan Bencana Rekod (PTBR) Tingkat Kesediaan Pengurusan Rekod JKSS
2 FEBRUARI 2026 — Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) telah menganjurkan Taklimat Pelan Tindakan Bencana Rekod (PTBR) pada 2 Februari 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat, Aras 4, Bangunan Mahkamah Syariah, Kuching. Taklimat ini dilaksanakan secara fizikal dan hibrid dengan penyertaan warga JKSS dari seluruh Sarawak.
Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Afham Jauhari bin Aldi, Pengarah Negeri, Arkib Negara Malaysia, dan bertujuan meningkatkan tahap kesediaan jabatan dalam pengurusan serta perlindungan rekod penting sekiranya berlaku bencana, di samping memastikan kesinambungan operasi dan pematuhan terhadap keperluan pengurusan rekod yang sistematik dan berintegriti.