Majlis Persaraan Encik Mustapha bin Bojet Raikan 31 Tahun Khidmat Bersama JKSS
6 Februari 2026 — Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) Bahagian Miri telah menganjurkan Majlis Persaraan Encik Mustapha bin Bojet bertempat di Dynasty Hotel Miri dengan tema “Hat Off, Boots On – Cowboy Town”. Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan atas jasa dan sumbangan beliau sepanjang tempoh perkhidmatan bersama jabatan.