Bengkel ISO/IEC 27001:2022 Perkukuh Keselamatan Maklumat JKSS
26 & 27 JANUARI 2026 — Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) telah menganjurkan Bengkel ISO/IEC 27001:2022 Understanding and Implementing bertempat di Bilik Seminar, Ibu Pejabat JKSS.
Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan berkaitan prinsip, rangka kerja serta keperluan piawaian ISO/IEC 27001:2022, khususnya dalam memperkukuh pengurusan keselamatan maklumat dan tadbir urus ICT jabatan, selaras dengan usaha JKSS ke arah pematuhan dan pensijilan piawaian antarabangsa bagi Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS).