Pembukaan Tahun Perundangan Syariah Sarawak 2026 Perkukuh Institusi Kehakiman Syariah
22 JANUARI 2026 — Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) telah menganjurkan Pembukaan Tahun Perundangan Syariah Sarawak 2026 (OSLYS’26) bertempat di Hotel Raia dan Pusat Konvensyen Kuching.
Penganjuran OSLYS’26 merupakan kesinambungan acara tahunan yang dimulakan sejak tahun 2025 selaras dengan usaha memperkukuh institusi kehakiman syariah di Sarawak. Program ini menjadi simbol rasmi permulaan tahun perundangan baharu serta berfungsi sebagai platform berterusan bagi perbincangan, perkongsian pandangan dan penyelarasan hala tuju dalam kalangan badan kehakiman, profesion undang-undang dan pihak berkepentingan.