KUNJUNGAN HORMAT DBP SARAWAK BAGI PERBINCANGAN KERJASAMA PENERBITAN BERSAMA JKSS
19 Januari 2026 – Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) telah menerima kunjungan hormat daripada Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak (DBP Sarawak) bagi membincangkan cadangan kerjasama penerbitan antara kedua-dua pihak bersempena ulang tahun DBP ke-70.