picture

Event

 

Kunjungan daripada Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS)

05 Mar 2024 - 05 Mar 2024, JKSS
JKSS
ikmas

Selasa | 5 Mac 2024 | 24 Syaaban 1445 Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak telah menerima kunjungan daripada Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS). Seramai 6 orang pelajar dan seorang pensyarah telah menyertai lawatan ini. Antara objektif lawatan ini adalah untuk memenuhi keperluan Kursus Kekeluargaan Islam bagi program Diploma serta membantu para pelajar memahami penyelesaian konflik kekeluargaan melalui Sulh. Rombongan pada awalnya telah didedahkan dengan prosedur Majlis Sulh dan kemudiannya mengikuti sesi taklimat dan soal jawab yang telah dikendalikan oleh Pegawai Sulh, Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak iaitu Puan Norsilawati binti Jamari dan Puan Athirah binti Firdaus.