picture

Prosedur Kes

 

Prosedur Kes


PENGURUSAN  KES MAL                             

1)    Proses Pendaftaran

a)   Terima saman atau notis permohonan serta dokumen berkaitan 
      dan semak berdasarkan senarai semak

b)   Jika tidak lengkap dikembalikan; jika lengkap; terima fi, daftar dalam 

      E-Syariah, tetapkan tarikh sebutan / majlis sulh dalam tempoh 21 hari 

      selepas didaftarkan. (Bagi kes sulh, rujuk proses kerja sulh) dan keluar /
      jana resit

c)    Buka fail

 

2)    Proses Penyampaian Saman/Notis

a)    Hantar / sempurnakan saman / notis kepada pihak-pihak

 b)    Failkan laporan / afidavit penyampaian

 *( NOTA : Penyampaian saman ganti / luar bidangkuasa mestilah dengan 
  perintah mahkamah )


3)   
Proses Sebutan

a)    Kemukakan fail-fail kes yang ditetapkan untuk sebutan kepada Hakim

b)    Merekodkan apa-apa persetujuan dan membuat perintah

c)    Jika tiada persetujuan tetapkan tarikh untuk perbicaraan

 

4)    Proses Perbicaraan

a)    Laksanakan prosedur perbicaraan

 

5)    Penghakiman

a)    Buat penghakiman dan perintah

 

6)    Proses Pengeluaran Perintah

a)    Sedia / Semak draf perintah dari pihak-pihak

b)    Rujuk kepada Hakim untuk pengesahan

c)    Kemukakan draf perintah kepada pihak-pihak dengan atau tanpa pindaan   
       ( jika ada peguam )
 

d)    Terima perintah muktamad untuk dimeterai dan tandatangan ( jika ada
       peguam )
e)    Tandatangan dan meterai perintah

f)     Penyampaian perintah kepada pihak-pihak-pihak


PENGURUSAN KES JENAYAH

1)     
Pendaftaran dan Sebutan Kes Tangkap

a)    Terima kertas pertuduhan daripada Pendakwa

b)    Semak, daftar dan buka fail

c)    Jalankan proses sebutan / perbicaraan

d)    Bagi kes sebutan, lepaskan OKT dengan jaminan / cagaran. Jika gagal  
       sediakan jaminan dan cagaran OKT ditahan. Bagi kes perbicaraan rujuk 
       perenggan 32.

e)    Tetapkan tarikh perbicaraan.

 
2)     Pendaftaran Kes Saman

a)    Terima pertuduhan dan saman daripada Pendakwa

b)    Semak, daftar kes dan buka fail.

c)    Meterai saman dan tentukan tarikh sebutan.

d)    Tandatangan kertas pertuduhan dan saman

e)    Maklum kepada Pendakwa tarikh sebutan

f)     Saman dalam daerah

        - Serah 2 salinan kepada PN / PPA

g)    Saman luar Daerah / luar bidangkuasa

        - Sediakan surat iringan dan salinan saman kepada Mahkamah berkenaan

h)   Daftar saman dalam buku penyampaian

i)     Serah saman kepada OKT. Sediakan afidavit penyampaian.

j)     Masukkan laporan di dalam fail kes untuk sebutan

k)    Simpan fail hingga tarikh sebutan.

 

3)     Sebutan Kes Jenayah

a)    Semak fail kes dan sediakan senarai kes berkenaan untuk sebutan

b)    Serahkan fail kes kepada Hakim untuk membuat semakan

c)    Semak fail kes berkenaan

d)    Pastikan kehadiran Pendakwa dan OKT di dalam Mahkamah

e)    Pertuduhan dibacakan

f)     Catatkan Pengakuan:

  1. Pengakuan bersalah – sabit dan hukum
  2. Pengakuan tidak bersalah – tetapkan tarikh bicara, OKT dilepaskan dengan jaminan

g)    Rekodkan dan laksanakan perintah Mahkamah

  1. Bagi hukuman denda – terima bayaran dan keluarkan resit
  2. Bagi hukuman penjara (atau gagal membayar denda) - sediakan waran penahanan yang telah ditandatangani oleh hakim.