Soalan Lazim

 

Soalan Lazim


Apakah sebab-sebab kelewatan kes berlaku di Mahkamah-Mahkamah Syariah?

-Saman / Permohonan tidak dapat diserahkan kepada Defendan/Responden.

-Afidavit penyampaian tidak difailkan apabila penyerahan dibuat di luar Negeri Sarawak.

-Plaintif atau Defendan mohon tangguh untuk penyelesaian luar mahkamah.

-Plaintif atau Defendan mohon tangguh kerana tidak dapat pelepasan cuti daripada majikan.

-Plaintif atau Defendan mohon tangguh kerana cuti sakit.

-Plaintif atau Defendan mohon tangguh kerana cuti kecemasan.

-Plaintif atau Defendan mohon tangguh kerana untuk melantik peguam.

-Plaintif atau Defendan mohon tangguh kerana untuk memfailkan dokumen.

-Plaintif atau Defendan mohon tangguh kerana saksi tidak dapat disepina.

-Plaintif atau Defendan mohon tangguh kerana saksi tidak dapat hadir.

-Peguam mohon tangguh kerana cuti sakit.

-Peguam mohon tangguh kerana cuti kecemasan.

-Peguam mohon tangguh kerana ada kes di Mahkamah yang lebih tinggi.

-Peguam mohon tangguh kerana tarikh yang diberikan bertindih dengan tarikh yang ditetapkan terdahulu.

-Peguam mohon tangguh kerana dokumen yang diperlukan masih belum diperolehi.

-Peguam mohon tangguh kerana atas arahan anak guam.

-Saman kepada Orang Kena Tuduh (OKT) tidak dapat diserahkan.

-Waran tangkap tidak dapat diserahkan.

-Afidavit penyampaian kepada OKT tidak difailkan apabila membabitkan penyampaian luar bidang kuasa

-Pendakwa tidak dapat memberi alamat terkini OKT.

-Hakim cuti kecemasan.

-Hakim cuti sakit.

-Hakim menangguhkan kes atas sebab pihak-pihak/peguam tidak hadir tanpa sebab

-Hakim menangguhkan kes atas sebab-sebab pentadbiran./menghadiri kursus/seminar yang tidak termasuk dalam Perancangan Tahunan.

 


Apakah syarat-syarat sesuatu kes boleh didaftarkan di Mahkamah Syariah?

- Semua orang Islam yang berkahwin secara sah mengikut Hukum Syarak dan bermastautin di dalam sesuatu negeri boleh mendaftarkan permohonan atau tuntutan di mana-mana Mahkamah Syariah di tempat dia bermastautin.


 Apakah Jenis Pendaftaran Kes MAL?

Terdapat 2 jenis pendaftaran kes MAL yang boleh dibuat di Mahkamah Syariah iaitu:

a)Tuntutan
b)Permohonan

Tuntutan ialah tiap-tiap tindakan atau prosiding kes mal yang dimulakan dengan Saman beserta penyata tuntutan. Permohonan ialah tiap-tiap tindakan atau prosiding kes mal yang dimulakan dengan notis permohonan beserta afidavit sokongan.

 

 


Berapa lama proses panggilan untuk sebutan setelah kes didaftarkan?

Seksyen 88, Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam Sarawak 1991 memperuntukkan bahawa hak hadinah bagi menjaga seseorang kanak-kanak tamat apabila kanak-kanak itu mencapai umur tujuh tahun, jika kanak-kanak itu lelaki, dan umur sembilan tahun, jika kanak-kanak itu perempuan, tetapi Mahkamah boleh, atas permohonan hadinah, membenarkan dia menjaga kanak-kanak itu sehingga kanak-kanak itu mencapai umur sembilan tahun, jika kanak-kanak itu lelaki, dan umur sebelas tahun, jika kanak-kanak itu perempuan. (2) Setelah tamatnya hak hadinah, penjagaan adalah turun kepada bapa, dan jika kanak-kanak itu telah mencapai umur kecerdikan (mumaiyiz), maka kanak-kanak itu adalah berhak memilih untuk tinggal dengan sama ada ibu atau bapanya, melainkan jika Mahkamah memerintahkan selainnya.

 

 



Kenapa Mahkamah tak bayar nafkah sedangkan perintah telah dikeluarkan?

Mahkamah hanya berkuasa mengeluarkan perintah kepada suami untuk membayar nafkah dan sebagainya. Bayaran itu dilakukan oleh suami bukan Mahkamah. Tetapi sekiranya pihak suami tidak membayar seperti yang diperintahkan, si isteri atau anak yang berkepentingan dengan nafkah tersebut boleh memohon penguatkuasaan perintah di Mahkamah. Mahkamah akan mengeluarkan perintah penguatkuasaan dalam bentuk samada memerintahkan bayaran secara potongan gaji atau dipenjarakan dan sebagainya sepertimana yang dipohon.