Berita

 

JKSS Sebagai Finalis Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Sarawak (AKPANS) 2025

Disiarkan pada 19 Aug 2025
Sumber Berita: Puan Aainaa Shahira binti Rasidi
KUCHING, 18 Ogos 2025 (Isnin) – Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) telah terpilih sebagai finalis Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (AKPANS) 2025 bagi Kategori Jabatan SCS.

Sesi penilaian berlangsung di Ibu Pejabat JKSS, Kuching, dengan penglibatan semua pegawai serta kakitangan JKSS bahagian seluruh Sarawak yang turut mengikuti sesi berkenaan melalui platform Zoom. Penyertaan menyeluruh ini mencerminkan komitmen jabatan dalam memperkukuh budaya kualiti perkhidmatan di seluruh organisasi.

Anugerah berprestij anjuran Jabatan Premier Sarawak ini bertujuan mengiktiraf kecemerlangan agensi kerajaan negeri dalam aspek penyampaian perkhidmatan, pengurusan organisasi dan inovasi.

Pemilihan JKSS sebagai finalis mengiktiraf usaha berterusan jabatan untuk membangunkan sistem kehakiman syariah yang cekap, telus dan responsif, seiring dengan aspirasi kerajaan negeri memperkukuh kualiti perkhidmatan awam kepada rakyat.

audit akpansaudit_akpans
audit akpans