News

 

Majlis Malam Apresiasi JKSS 2025: Menghargai Dedikasi & Komitmen

Posted on 03 Oct 2025
Source of News: Disediakan oleh Puan Aainaa Shahira binti Rasidi
KUCHING, 1 Oktober 2025 – Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) telah menganjurkan Majlis Malam Apresiasi 2025 di Ranyai Ballroom, The Waterfront Hotel, Kuching bagi meraikan sumbangan dan dedikasi warga kerja dalam memperkukuh perkhidmatan kehakiman syariah di Sarawak. Majlis dimulakan dengan amanat oleh Yang Amat Arif Datu Haji Awg Suhaili bin Ledi, Ketua Hakim Syarie Sarawak, yang menekankan kepentingan integriti, profesionalisme dan semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga jabatan.

Acara diserikan dengan tayangan video, persembahan pentas, penyampaian sijil penghargaan, sumbangsih Kelab Kebajikan & Rekreasi JKSS serta pengumuman istimewa King & Queen of the Night. Kemuncak majlis adalah penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2024, sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan dan komitmen warga jabatan.

Seramai 21 penerima APC 2024 diumumkan pada malam tersebut, terdiri daripada pegawai dan kakitangan pelbagai gred serta stesen:
    1.    Noor Rafidah Binti Ali – Pegawai Syariah
    2.    Iffah Rhadiah Binti Mohamad Haikal – Pegawai Tadbir
    3.    Norasikin Binti Abdul Rahman – Akauntan
    4.    Amalina Binti Julaihi – Pembantu Tadbir (Kewangan)
    5.    Ahmad Amirul Hakim Bin Norhaza Ahmad Redzuan – Penolong Pegawai Syariah
    6.    Nur Afni Binti Idrus – Penolong Pegawai Tadbir
    7.    Chairil Bin Raduan – Penolong Pegawai Tadbir
    8.    Nur Afiqah Binti Sarbini – Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
    9.    Nizan B Nen – Pembantu Syariah
    10.    Rohaya Binti Ibrahim – Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
    11.    Nia Sukmadewi Binti Salsabila – Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
    12.    Zakaria Bin Bujang – Pembantu Syariah
    13.    Latifah Binti Lat – Pembantu Syariah
    14.    Zaharah Binti Rosli – Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
    15.    Hasanah Binti Keli – Pembantu Awam
    16.    Ismanto Bin Tukimman – Pengawal Keselamatan
    17.    Abang Aziz Bin Abang Bolhassan – Pengawal Keselamatan
    18.    Shaiful Bin Madon – Pembantu Awam
    19.    Halimah Binti Pauzi – Pembantu Awam
    20.    Sopian Bin Karim – Penghantar Notis
    21.    Salleh Bin Selim – Penghantar Notis

Majlis yang berlangsung dengan tema pakaian “Champions Night: A Celebration of Victory” ini diakhiri dengan sesi fotografi beramai-ramai, menutup malam penuh apresiasi yang menjadi simbol penghargaan serta pembakar semangat baharu dalam memperkukuh perkhidmatan kehakiman syariah di Sarawak.

apc
apc
apc
apc