KUCHING, 11 Oktober 2025 – Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) telah menyertai Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Ke-79 Tahun 2025, yang berlangsung di Padang Merdeka, Kuching.
Kontinjen JKSS yang terdiri daripada 37 orang pegawai dan kakitangan dari pelbagai bahagian dan unit telah diketuai oleh Encik Mohamad Nursafwan bin Roslan. Penyertaan ini melambangkan semangat perpaduan, disiplin dan kesetiaan warga JKSS dalam mendukung acara rasmi peringkat negeri.
Penyertaan dalam istiadat penuh istiadat ini turut memperlihatkan komitmen jabatan terhadap nilai integriti, kerjasama dan kebersamaan dalam perkhidmatan awam.
JKSS menzahirkan penghargaan kepada semua peserta kontinjen atas komitmen dan semangat tinggi yang ditunjukkan sepanjang latihan, raptai dan pelaksanaan istiadat tersebut, sekaligus mengharumkan nama jabatan di peringkat negeri.
