KUCHING, 17 Oktober 2025 – Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua warga kerja JKSS di seluruh Bahagian atas kerjasama, komitmen dan kesiapsiagaan sepanjang pelaksanaan Audit Dalam Sistem i-Syariah yang berlangsung pada 13 hingga 17 Oktober 2025.
Audit ini dilaksanakan oleh Jawatankuasa Audit Dalam i-Syariah bagi menilai tahap pematuhan, keberkesanan dan kualiti pelaksanaan Sistem i-Syariah di setiap Bahagian. Sepanjang tempoh audit, semua pasukan telah memberikan kerjasama penuh serta memastikan penyediaan dokumen dan maklumat yang diperlukan berjalan dengan teratur, tepat dan telus.
⸻
Senarai Pasukan Audit Dalam i-Syariah 2025
Pasukan ke Zon Utara
- Yang Arif Tuan Mahiden bin Haji Sah
- Tuan Mohamad Nasir bin Marsidi
- Puan Dayang Norlinawati binti Awang Abu Bakar
Pasukan ke Zon Tengah
- Puan Ruhaina binti Majid
- Puan Nur Farahani binti Awel
- Tuan Ahmad Amirul Hakim bin Norhaza Ahmad Redzuan
- Encik Muhamad Ismail bin Suluhi
Pasukan ke Zon Selatan
- Yang Arif Tuan Najarudin bin Nedri
- Puan Noor Rafidah binti Ali
- Tuan Hanafi bin Abdillah
- Puan Amalina binti Julaihi
⸻
JKSS amat menghargai semangat serta usaha bersama semua warga kerja dalam memastikan pelaksanaan audit berjalan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan, seiring dengan usaha memperkukuh pengurusan berkualiti dan inovasi digital melalui Sistem i-Syariah.
