Berita

 

ONE TEAM RETREAT JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SARAWAK

Disiarkan pada 11 Nov 2025
Sumber Berita: Disediakan oleh Puan Aainaa Shahira binti Rasidi
KUCHING, 7–10 November 2025 – Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) telah menganjurkan program One Team Retreat bertempat di Damai Beach Resort, Santubong. Program ini menghimpunkan Ketua Bahagian, Ketua Unit dan Pegawai Syariah dari seluruh Sarawak sebagai inisiatif memperkukuh budaya kerja berpasukan dan penyampaian perkhidmatan yang berimpak tinggi.

Program ini bertujuan memperkukuh sinergi kerja berpasukan antara kepimpinan dan pegawai JKSS ke arah membentuk budaya kerja yang cemerlang. Pada masa yang sama, ia menjadi wadah untuk menilai serta menonjolkan pencapaian jabatan sepanjang tahun 2025, di samping memperkukuh semangat kerjasama dalam meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Antara pengisian utama program ialah sesi pembentangan dan forum yang melibatkan pelbagai kumpulan mengikut unit dan bahagian. Setiap kumpulan membentangkan topik berpaksikan tiga elemen utama iaitu Asas & Permulaan Strategik (Past), Keberhasilan & Penambahbaikan (Present), dan Hala Tuju & Aspirasi (Future). Pendekatan interaktif seperti forum soal jawab dan pembentangan bermoderator turut digunakan untuk menggalakkan pertukaran pandangan serta idea secara terbuka dan profesional.

Penganjuran One Team Retreat ini menzahirkan semangat One Team Spirit dalam kalangan warga JKSS, dengan penekanan terhadap nilai kerjasama, integriti, dan akauntabiliti sebagai teras kecemerlangan perkhidmatan kehakiman Syariah di Sarawak.

team

team

team

team

team

team

team

team

team

team

team

team

team