Bengkel Penilaian Pelan Transformasi Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak 2021–2030
Disiarkan pada 18 Nov 2025
Sumber Berita: Disediakan oleh Puan Aainaa Shahira binti Rasidi
KUCHING, 14–17 November 2025 – Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) telah menganjurkan Bengkel Penilaian Pelan Transformasi JKSS 2021–2030 bertempat di Raia Hotel & Convention Centre Kuching. Bengkel ini diadakan bagi menilai pencapaian, kemajuan pelaksanaan serta keberkesanan inisiatif di sepanjang fasa awal Pelan Transformasi jangka panjang tersebut.
Program ini turut memberi tumpuan kepada proses mengemas kini pelan berkenaan dengan memasukkan inisiatif semasa yang lebih relevan dengan keperluan operasi, perkembangan teknologi dan hala tuju strategik jabatan. Sesi perbincangan dan semakan semula ini membantu mengenal pasti komponen yang perlu diperkukuh, disesuaikan atau ditambah baik agar pelaksanaan transformasi kekal selari dengan perubahan persekitaran perkhidmatan kehakiman Syariah.
Dapatan daripada bengkel ini akan menjadi asas penyediaan pelan tindakan susulan bagi memastikan Pelan Transformasi JKSS 2021–2030 terus bergerak secara mampan, berfokus dan memberi impak langsung kepada peningkatan mutu penyampaian perkhidmatan kehakiman Syariah di Sarawak.