JKSS Perkasa Agenda Kualiti dan Inovasi Melalui ICQI 2025
Disiarkan pada 20 Nov 2025
Sumber Berita: Disediakan oleh Puan Aainaa Shahira binti Rasidi
KUALA LUMPUR, 18–19 November 2025 – Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) melalui Unit Kualiti dan Inovasi telah menghadiri International Conference on Quality and Innovation (ICQI 2025) yang dianjurkan oleh SIRIM Berhad bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).
Persidangan bertema “Quality and Sustainability Through AI-Driven Innovation” ini menghimpunkan industri, penyelidik, inovator dan pembuat dasar bagi berkongsi penyelesaian, teknologi serta inovasi yang menyokong pertumbuhan ekonomi mampan, daya saing dan akses pasaran global.
JKSS diwakili oleh Tuan Mohammad Zubair bin Mustafa dan Tuan Ibnuhafiq Fitree bin Suhairi. Penyertaan ini membuka ruang kepada perkongsian pengetahuan mengenai inovasi berasaskan kecerdasan buatan (AI), amalan kualiti terkini serta pendekatan transformasi yang relevan bagi memperkukuh pembangunan kualiti perkhidmatan dalam sektor kehakiman Syariah.