Berita

 

Bengkel Key Focus Activity (KFA) Tingkatkan Kecekapan Proses Kerja JKSS

Disiarkan pada 27 Nov 2025
Sumber Berita: Disediakan oleh Puan Aainaa Shahira binti Rasidi
KUCHING, 21–23 November 2025 – Unit Inovasi dan Kualiti, Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) telah melaksanakan Bengkel Key Focus Activity (KFA) sebagai salah satu usaha memperkukuh penambahbaikan proses utama jabatan selaras dengan Pelan Transformasi JKSS.

Bengkel selama tiga hari ini memberi tumpuan kepada usaha mengenal pasti ruang penambahbaikan dalam proses kerja kritikal, selain membangunkan semula prosedur, sistem dan mekanisme sedia ada agar lebih efisien dan responsif terhadap keperluan operasi masa kini.

Pelaksanaan bengkel ini turut menekankan kepentingan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti serta berimpak tinggi kepada pelanggan JKSS di seluruh Sarawak. Melalui sesi perbincangan, pemetaan proses (process mapping) dan semakan semula dokumen berkaitan, peserta berjaya menghasilkan cadangan penambahbaikan yang lebih strategik dan praktikal untuk dilaksanakan.

Program ini menjadi platform penting dalam menyokong hala tuju transformasi jabatan, khususnya dalam memastikan keberkesanan proses dalaman terus diperkukuh dan selari dengan standard perkhidmatan sektor awam.

KFA