KUCHING, 28–30 November 2025 – Bengkel Kajian Semula Balanced Scorecard (BSC) JKSS 2026 telah dilaksanakan bagi memperkemas hala tuju strategi jabatan menjelang tahun perancangan baharu.
Bengkel ini memberi fokus kepada penilaian semula keberkesanan pelaksanaan Balanced Scorecard sedia ada, memastikan setiap sasaran strategik terus selari dengan visi, misi dan keperluan operasi jabatan. Sepanjang bengkel, para peserta meneliti isu dan cabaran pelaksanaan strategik, termasuk jurang dalam pengurusan prestasi yang perlu ditambah baik.
Selain itu, bengkel turut menumpukan kepada penyemakan semula dan pengukuhan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi setiap perspektif BSC supaya lebih relevan, realistik dan memberi impak yang lebih jelas terhadap kualiti penyampaian perkhidmatan. Usaha penyelarasan pemahaman dan aplikasi BSC dalam kalangan pegawai serta setiap bahagian/unit juga menjadi agenda utama bagi memastikan pelaporan prestasi jabatan lebih seragam dan tepat.
Penganjuran bengkel ini dijangka memperkukuh keupayaan JKSS dalam merancang, melaksana dan memantau strategi jabatan secara lebih tersusun menjelang tahun 2026.
