Kunjungan Hormat & Mesyuarat Pembangunan Organisasi Perkukuh Jalinan Strategik JKSS–JKSNK
Disiarkan pada 02 Dec 2025
Sumber Berita: Disediakan oleh Puan Aainaa Shahira binti Rasidi
JKSS telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah (JKSNK) pada 2 Disember 2025 yang diketuai oleh YAA Dato’ Syeikh Haji Abd Rahman bin Haji Abdullah, Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah. Delegasi turut disertai oleh Tuan Amirudin Putera bin Zainol Abidin dan Tuan Mohd Mokhtar bin Sulaiman.
Kunjungan ini diadakan bersekali dengan Mesyuarat Pembangunan dan Pengurusan Organisasi Jabatan yang memberi tumpuan kepada penambahbaikan tadbir urus, pembangunan organisasi serta peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan kehakiman syariah.
Mesyuarat turut melibatkan pembentangan bersama pegawai JKSS dan JKSNK merangkumi aspek pengurusan operasi, pembangunan sistem serta amalan terbaik kehakiman. Pertemuan ini mengukuhkan kerjasama strategik antara JKSS dan JKSNK dalam memperkasa ekosistem kehakiman syariah di peringkat negeri.