Berita

 

JKSS Terima SCSDU Digital Excellence Awards 2025 (5-Star Rating Websites)

Disiarkan pada 04 Dec 2025
Sumber Berita: Disediakan oleh Puan Aainaa Shahira binti Rasidi
KUCHING, 4 Disember 2025 – Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) telah menerima SCSDU Digital Excellence Awards 2025 bagi kategori 5-Star Rating Websites sempena Cybersecurity Week 2025 anjuran Sarawak Civil Service Digital Unit (SCSDU).

Pengiktirafan ini turut mengambil kira keputusan SPLASK, iaitu Sistem Pemantauan Laman Web dan Servis Kerajaan yang dilaksanakan oleh Jabatan Digital Negara untuk menilai tahap keselamatan, pematuhan serta prestasi portal dan perkhidmatan digital sektor awam. Pencapaian 5-Star Rating Websites ini mengesahkan bahawa portal rasmi JKSS memenuhi standard tertinggi dari segi keselamatan siber, kebolehgunaan dan penyampaian maklumat.

JKSS merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada semua warga kerja jabatan atas komitmen dan kerjasama yang menyumbang kepada pencapaian ini. Penghargaan turut diberikan kepada Webmaster terdahulu, En. Mohd Syukri bin Othman, atas sumbangan beliau dalam pengurusan dan penyelenggaraan portal rasmi JKSS.

JKSS akan terus memperkukuh inisiatif digital selaras dengan agenda pendigitalan kerajaan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih efektif, selamat dan mesra pengguna.

5 star

5 star