Berita

 

JKSS Mantapkan Kecekapan Pengurusan Surat-Menyurat Melalui Kursus CACTUS 2025

Disiarkan pada 05 Dec 2025
Sumber Berita: Disediakan oleh Puan Aainaa Shahira binti Rasidi
KUCHING, 2–4 Disember 2025 – Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) telah melaksanakan Kursus Correspondence and Case Tracking Unified System (CACTUS) 2025 bertempat di Bilik Latihan ICT, Pustaka Negeri Sarawak. Kursus ini memberi pendedahan menyeluruh kepada warga kerja berkaitan kaedah pengurusan surat-menyurat, dokumen serta fail jabatan secara lebih tersusun dan efisien.

Pelaksanaan kursus ini turut menekankan beberapa objektif utama, termasuk mempercepatkan proses penjejakan surat, dokumen dan rekod; meningkatkan keberkesanan pemantauan kerja; memperkukuh kaedah penyebaran data dalaman; serta memastikan penjejakan dan pelaporan dapat dilakukan secara menyeluruh melalui sistem yang seragam.

Inisiatif ini sejajar dengan usaha JKSS untuk memperkemas tadbir urus, memantapkan kawalan dokumen dan memperkukuh kecekapan penyampaian perkhidmatan melalui penggunaan sistem digital yang lebih teratur.

CACTUS

CACTUS