KUCHING, 7 Disember 2025 – Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) Bahagian Kuching telah menganjurkan Majlis Persaraan En. Mohammad bin Bujang bertempat di Waterfront Hotel Kuching. Majlis yang bertemakan “Beach Vibes” ini diadakan sebagai tanda penghargaan atas jasa dan sumbangan beliau sepanjang tempoh perkhidmatan dalam organisasi.
Majlis tersebut telah dihadiri oleh Y.A.A. Datu’ bersama warga kerja JKSS Kuching. Penganjuran majlis ini bertujuan memberikan penghormatan dan pengiktirafan atas komitmen, dedikasi serta disiplin En. Mohammad bin Bujang yang menjadi contoh kepada warga jabatan, di samping meraikan perjalanan kerjaya beliau serta menyampaikan ucapan selamat maju jaya sempena persaraan.
Pemilihan tema “Beach Vibes” melambangkan ketenangan fasa baharu kehidupan selepas persaraan dan mewujudkan suasana majlis yang santai serta mesra. Penganjuran majlis ini turut memperkukuh hubungan silaturahim dan menyemai budaya apresiasi dalam kalangan warga kerja JKSS.
