News

 

Taklimat Cakna Kanser serta Penerangan Program “My Pledge Against Cancer” (MPAC) MAKNA

Posted on 12 Dec 2025
Source of News: Disediakan oleh Puan Aainaa Shahira binti Rasidi
SAMARAHAN, 12 Disember 2025 – Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) Bahagian Samarahan telah mengadakan Taklimat Cakna Kanser serta Penerangan Program “My Pledge Against Cancer” (MPAC) anjuran Majlis Kanser Nasional (MAKNA) dengan penglibatan warga kerja JKSS Samarahan.

Taklimat ini turut disertai oleh Tuan Imran bin Taha bersama staf dan kakitangan jabatan. Penganjuran program ini bertujuan memberi pendedahan mengenai peranan MAKNA dalam membantu pesakit kanser yang kurang berkemampuan, di samping meningkatkan kesedaran warga kerja terhadap kepentingan pencegahan awal dan amalan gaya hidup sihat.

Melalui taklimat ini, warga kerja JKSS Samarahan mendapat maklumat berguna berkaitan sokongan yang disediakan oleh MAKNA serta inisiatif My Pledge Against Cancer (MPAC) dalam memperkukuh kesedaran dan komitmen masyarakat terhadap isu kanser.

cakna kenser

cakna kenser