KUCHING, 22 Disember 2025 – Jawatankuasa Audit Dalam Balanced Scorecard (BSC) Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) telah melaksanakan Audit Dalam BSC pada 19 dan 22 Disember 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat, Tingkat 4, Ibu Pejabat JKSS.
Pelaksanaan audit ini melibatkan pemantauan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan dalam Balanced Scorecard serta penilaian terhadap integriti, ketepatan dan kebolehpercayaan data prestasi yang dilaporkan oleh setiap unit. Audit ini penting bagi memastikan pelaksanaan BSC dijalankan secara konsisten, berkesan dan sejajar dengan hala tuju strategik JKSS.
Melalui audit ini, jabatan dapat mengenal pasti tahap pencapaian prestasi semasa, kekuatan sistem pengurusan sedia ada serta ruang penambahbaikan yang perlu diberi perhatian bagi memperkukuh tadbir urus prestasi dan sistem pengurusan kualiti secara berterusan.
Pelaksanaan Audit Dalam BSC ini mencerminkan komitmen JKSS dalam memperkasa budaya kerja berprestasi tinggi, berasaskan data yang sahih serta menyokong usaha penambahbaikan berterusan ke arah perkhidmatan kehakiman syariah yang cekap, telus dan berintegriti.
