Berita

 

MAJLIS TAZKIRAH BULANAN JKSS SEMPENA ISRAK DAN MIKRAJ 2026

Disiarkan pada 19 Jan 2026
Sumber Berita: Disediakan oleh Puan Aainaa Shahira binti Rasidi
KUCHING, 16 Januari 2026 – Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) telah menganjurkan Majlis Tazkirah Bulanan JKSS sempena sambutan Israk dan Mikraj pada pagi Jumaat bertempat di Bilik Mesyuarat JKSS, Ibu Pejabat, dan disertai secara fizikal dan dalam talian oleh warga JKSS di bahagian-bahagian.

Majlis anjuran JKSS bersama Kelab Kebajikan dan Rekreasi JKSS ini telah disampaikan oleh Ustaz Jamaludin bin Taim, Ketua Bahagian Kemajuan Keluarga Islam, Jabatan Agama Islam Sarawak dengan tajuk “Israk Mikraj: Peristiwa Langit, Agenda Kehidupan”.

Dalam tazkirah tersebut, beliau menegaskan bahawa solat merupakan teras utama kehidupan yang disyariatkan secara langsung melalui peristiwa Israk dan Mikraj. Solat bukan sekadar ibadah ritual, sebaliknya menjadi asas pembentukan disiplin diri, ketepatan masa dan kawalan integriti yang membimbing seseorang dalam melaksanakan amanah serta membuat keputusan secara adil dan beretika.

Penganjuran Majlis Tazkirah Bulanan ini mencerminkan komitmen berterusan JKSS dalam memperkukuh aspek kerohanian dan pembangunan sahsiah warga kerja, serta membudayakan nilai integriti, akauntabiliti dan keadilan dalam perkhidmatan kehakiman syariah.

tazkirah

tazkirah

tazkirah01

tazkirah01