KUCHING, 19 Januari 2026 – Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) telah menerima kunjungan hormat daripada Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak (DBP Sarawak) bagi membincangkan cadangan kerjasama penerbitan antara kedua-dua pihak bersempena ulang tahun DBP ke-70.
Kunjungan tersebut telah diadakan di Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak dan melibatkan pertemuan bersama Yang Amat Arif Datu Haji Awang Suhaili bin Ledi, Ketua Hakim Syarie Sarawak, bagi mengenal pasti potensi kerjasama strategik dalam bidang penerbitan dan dokumentasi berkaitan kehakiman syariah.
Delegasi DBP Sarawak diketuai oleh Dr. Azizul bin Haji Ismail, Pengarah DBP Cawangan Sarawak, bersama pegawai-pegawai kanan Bahagian Buku Sastera dan Bahagian Buku Umum DBP Sarawak. Perbincangan ini bertujuan merangka hala tuju kerjasama penerbitan yang boleh dilaksanakan sepanjang tahun 2026.
Penganjuran kunjungan hormat ini mencerminkan komitmen JKSS dalam memperluas jaringan kerjasama strategik dengan agensi berkaitan, khususnya dalam usaha memperkasa penerbitan ilmiah dan dokumentasi kehakiman syariah di Sarawak.
