KUCHING | 26 & 27 JANUARI 2026 — Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) telah menganjurkan Bengkel ISO/IEC 27001:2022 Understanding and Implementing bertempat di Bilik Seminar, Ibu Pejabat JKSS.
Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan berkaitan prinsip, rangka kerja serta keperluan piawaian ISO/IEC 27001:2022, khususnya dalam memperkukuh pengurusan keselamatan maklumat dan tadbir urus ICT jabatan, selaras dengan usaha JKSS ke arah pematuhan dan pensijilan piawaian antarabangsa bagi Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS).
Bengkel tersebut telah disampaikan oleh Encik Khalid bin Libar daripada SIRIM dan dilaksanakan dengan penyertaan pegawai dan kakitangan JKSS. Para peserta turut didedahkan kepada keperluan klausa standard, pengurusan risiko keselamatan maklumat serta amalan terbaik pelaksanaan ISO/IEC 27001:2022 dalam konteks organisasi sektor awam.
Penganjuran bengkel ini mencerminkan komitmen berterusan JKSS dalam memperkukuh keselamatan maklumat, melindungi data jabatan dan memastikan penyampaian perkhidmatan kehakiman syariah yang selamat serta berintegriti.