News

 

Goodbye Calories JKSS Ibu Pejabat & Kuching Semarak Budaya Hidup Sihat

Posted on 05 Feb 2026
Source of News: Disediakan oleh Puan Aainaa Shahira binti Rasidi
KUCHING | 3 FEBRUARI 2026 (SELASA) — Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) Ibu Pejabat dan Bahagian Kuching melalui Unit Psikologi dan Kaunseling dengan kerjasama ahli SCS-KSP telah melaksanakan aktiviti riadah sempena Program Goodbye Calories bagi bulan Februari sebagai usaha berterusan memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan warga kerja.

Aktiviti yang dijalankan melibatkan sesi Zumba bagi kakitangan wanita yang berlangsung di Bilik Seminar, manakala aktiviti Brisk Walk bagi kakitangan lelaki diadakan di sekitar Bangunan Jabatan Kehakiman dengan penyertaan warga JKSS.

Pelaksanaan program ini bertujuan menggalakkan keseimbangan kesihatan fizikal dan mental, di samping menyemarakkan budaya hidup sihat serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam organisasi.

sihat01

sihat01