Berita

 

Kunjungan Hormat Jawatankuasa Peguam Syarie Sarawak kepada Ketua Hakim Syarie

Disiarkan pada 06 Feb 2026
Sumber Berita: Disediakan oleh Puan Aainaa Shahira binti Rasidi
KUCHING | 5 Februari 2026 — Ketua Hakim Syarie Sarawak telah menerima kunjungan hormat daripada Jawatankuasa Peguam Syarie Sarawak pada 5 Februari 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat JKSS, Ibu Pejabat.

Kunjungan tersebut diketuai oleh YA Tuan Rosidi bin Masli bersama rombongan bagi mengadakan sesi pertemuan dan perbincangan bersama Ketua Hakim Syarie Sarawak, khususnya berkaitan hal ehwal peguam syarie bagi tahun 2026.

Pertemuan ini diadakan sebagai ruang perbincangan dan perkongsian pandangan berhubung perancangan serta hal ehwal berkaitan peguam syarie di Sarawak.

Peguam

Peguam