SARIKEI | 5 Februari 2026 — Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) Bahagian Sarikei telah menganjurkan aktiviti Senam Robik Good Bye Calories pada 5 Februari 2026 bertempat di Pejabat JKSS Sarikei bermula jam 4.00 petang sebagai aktiviti bagi bulan Februari di bawah inisiatif Good Bye Calories bagi menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kerja.
Aktiviti senam robik yang dijalankan secara santai dan bertenaga ini berjaya menghimpunkan penyertaan kakitangan sekali gus menggalakkan budaya kerja yang lebih aktif, ceria dan seimbang. Penganjuran program ini turut menyokong kesejahteraan fizikal dan mental warga kerja selaras dengan usaha memperkasa keseimbangan kesihatan dan produktiviti di tempat kerja.
Selain meningkatkan kecergasan, program ini turut mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kerja berpasukan dalam suasana santai dan positif. Aktiviti seumpama ini diharap dapat diteruskan secara berkala bagi menyemarakkan budaya hidup sihat dalam kalangan warga JKSS.
