Berita

 

Majlis Persaraan Encik Mustapha bin Bojet Raikan 31 Tahun Khidmat Bersama JKSS

Disiarkan pada 09 Feb 2026
Sumber Berita: Disediakan oleh Puan Aainaa Shahira binti Rasidi
MIRI | 6 Februari 2026 — Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) Bahagian Miri telah menganjurkan Majlis Persaraan Encik Mustapha bin Bojet bertempat di Dynasty Hotel Miri dengan tema “Hat Off, Boots On – Cowboy Town”. Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan atas jasa dan sumbangan beliau sepanjang tempoh perkhidmatan bersama jabatan.

Majlis telah dihadiri oleh Yang Arif Tuan Rosidi bin Masli, Tuan Haji Wahabi bin Isenan serta seluruh warga kerja JKSS Miri. Kehadiran isteri dan anak-anak Encik Mustapha turut memeriahkan suasana majlis sebagai tanda sokongan kepada beliau pada hari penuh bermakna tersebut.

Encik Mustapha bin Bojet, atau lebih dikenali sebagai Abang Moss, telah berkhidmat sebagai Pemandu Kenderaan Bermotor selama 31 tahun bersama JKSS. Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau dikenali sebagai seorang yang berdedikasi, komited dan sentiasa menjalankan amanah dengan penuh tanggungjawab.

Beliau akan bersara secara rasmi pada 8 Februari 2026. Warga JKSS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala khidmat bakti yang telah dicurahkan serta mendoakan kesejahteraan dan kesihatan beliau dalam fasa kehidupan seterusnya.

bersara

bersara

bersara

bersara

bersara

bersara

bersara