News

 

Seminar Kekeluargaan Islam Perkasa Kesedaran Masyarakat di Matu

Posted on 09 Feb 2026
Source of News: Disediakan oleh Puan Aainaa Shahira binti Rasidi
MATU | 7 Februari 2026 — Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) Bahagian Mukah telah menganjurkan Seminar Kekeluargaan Islam bertempat di Dewan Terbuka Kampung Tian, Matu dengan penyertaan masyarakat setempat. Program sehari ini bertujuan meningkatkan kefahaman orang ramai mengenai peranan Mahkamah Syariah Sarawak, undang-undang keluarga Islam, asas pembahagian harta pusaka melalui faraid serta perkhidmatan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK).

Seminar ini menampilkan tiga orang penceramah iaitu Tuan Mohamad Hami Hamizul bin Saimi yang menyampaikan slot berkaitan pengenalan Mahkamah Syariah Sarawak dan undang-undang keluarga Islam, diikuti Tuan Ibnuhafiq Fitree bin Suhairi yang mengupas topik faraid merangkumi asas pembahagian, waris yang berhak serta jenis harta yang boleh difaraidkan. Seterusnya, Tuan Abdul Rahman bin Mohamad Shokri menyampaikan taklimat berkaitan peranan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) khususnya dalam membantu penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah mahkamah.

Program diakhiri dengan majlis penangguhan yang disempurnakan oleh Pegawai Daerah Pejabat Daerah Matu, Puan Hamidah binti Haji Halpi. Turut hadir ialah Tuan Nur Azhar bin Abdullah, Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Bahagian Mukah. Penganjuran seminar ini diharap dapat meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan undang-undang keluarga Islam serta memperkukuh kefahaman masyarakat terhadap perkhidmatan yang disediakan oleh JKSS dalam membantu kesejahteraan institusi keluarga.

seminar

seminar

seminar

seminar

seminar

seminar