News

 

Nurturing Your Inner Garden: Ketuk-Ketuk Ramadan 2026 Santai, Kreatif dan Eratkan Silaturrahim

Posted on 12 Feb 2026
Source of News: Disediakan oleh Puan Aainaa Shahira binti Rasidi
KUCHING | 12 Februari 2026 — Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) melalui Unit Psikologi dan Kaunseling telah menganjurkan Program Nurturing Your Inner Garden: Ketuk-Ketuk Ramadan Tahun 2026 di Perkarangan Bangunan Mahkamah Syariah Sarawak dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dengan penyertaan 20 peserta yang dibahagikan kepada lima kumpulan serta empat urus setia.

Program ini dilaksanakan sebagai inisiatif kesejahteraan warga kerja melalui aktiviti memasak berkumpulan yang mengetengahkan pengurusan stres, pengukuhan Enam Nilai Bersama PANS (IKPSTR), peningkatan keyakinan diri serta pemupukan kreativiti dan kerjasama pasukan.

Kumpulan KLMJ muncul juara, diikuti Dapur Bapak-Bapak sebagai naib juara dan The Flaming Fork di tempat ketiga, manakala LEBARAN LOVERS dan The Dapur Raya Sisters menerima saguhati. Program ini dijurikan oleh Chef Rahid bin Hassan, Pensyarah Institut Kemahiran MARA dan Akademi Pastri Matang.

Program ini berjaya mewujudkan suasana kerja yang lebih positif, kreatif dan seimbang serta mengeratkan kebersamaan warga JKSS menjelang Ramadan.

S

A