Berita

 

Majlis Tazkirah Bulanan JKSS Sempena Ihya’ Ramadan

Disiarkan pada 13 Feb 2026
Sumber Berita: Disediakan oleh Puan Aainaa Shahira binti Rasidi
KUCHING | 13 Februari 2026 — Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Rekreasi JKSS telah menganjurkan Majlis Tazkirah Bulanan secara dalam talian bersempena program Ihya’ Ramadan. Sesi yang dikendalikan oleh JKSS Sibu ini diadakan pada 13 Februari 2026 bersamaan 25 Syaaban 1447H bermula jam 8.00 pagi dengan penyertaan warga kerja JKSS dari seluruh Sarawak.

Majlis tazkirah ini menampilkan perkongsian oleh Tuan Abdul Rahman bin Mohamad Shokri yang membawakan tajuk “Ramadan Madrasah Keadilan dan Takwa”. Program ini turut dihoskan oleh Tuan Ibnuhafiq Fitree bin Suhairi, yang mengendalikan perjalanan majlis sepanjang sesi berlangsung.

Penganjuran majlis ini bertujuan menyemarakkan penghayatan Ihya’ Ramadan dalam kalangan warga kerja JKSS sebagai persediaan rohani menjelang bulan Ramadan. Perkongsian yang disampaikan turut menekankan kepentingan nilai Adil sebagai Nilai Syariah Jabatan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab perkhidmatan, di samping memperkukuh budaya kerja berintegriti serta keseimbangan pembangunan rohani dan profesional.

Sesi yang berlangsung secara dalam talian ini mendapat sambutan dan penyertaan yang baik daripada warga jabatan, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan JKSS dalam memupuk persekitaran kerja yang berteraskan nilai keagamaan dan kesejahteraan rohani.